20.3.10

cheritera chenta

hmm...entah kenapa untuk post kali ini aku nak guna bahasa ibunda kita..mungkin supaya lebih senang menceritakan segala yang terbuku dengan ketepatan yang paling maksimum..secara jujur hati ini serabut..keliru dengan pelbagai persoalan baru yang muncul..di mana harus mula..hmm..mulakan dengan kehidupanku yang baru bermula..aku katakan baru kerana aku diberikan peluang kedua..ini kehidupan baruku..belum sempurna kerana kini aku masih dalam kepompong..melalui perubahan demi perubahan..setiap yang berlaku disekelilingku menjadi agen atau catalyst untuk aku berubah..terlalu banyak yang berlaku..terkadang binggung aku mengendalikannya..ketiadaan tempat mengadu menyukarkan perjalanan kerana aku perlu tanggung sendiri..mungkin juga kerana aku yang memilih..hanya mahukan teman yang banyak mendengar, tidak bercakap dan cuba memahami aku yang begitu keanak-anakan. yang boleh terima aku yang sememangnya aku..sukar..kalau adapun kawan-kawan aku yang dahulu sudah di mana2 letaknya..sukar dihubungi..mungkin juga sibuk..aku je yang x..sedih mungkin kerana terasa ketinggalan..hmm..hidup sepi, masih mendidik hati untuk tidak cepat melatah, lagipun aku kan perlu banyak bersabar dengan senyuman yang jarang lekang dari wajah walau pelbagai tohmahan, fitnah, perlian yang diterima..xpelah, mmg salah aku pun, knapa aku nak lari..kini buntu..xtahu arah mana harus dituju..harapan mama ayah atau kemahuan diri berserta cita-cita , mina dan peluang..binggung! ustazah kata menurut kata mama ayah mungkin sukar pada mulanya namun jika ikhlas, kerana ALLAH dan mencari redha mma n ayah untuk dapat redha-NYA, insyaAllah berkat..keberkatan yang perlu dicari, berkat itu penting..duit sikit, tapi sentiasa cukup dan hati senang, hidup bahagia..itu pabila berkat hidupnya..duit banyak, xpernah cukup, hati xtenang, hidup celaru..itu tanpa berkat..aku yang membuat pilihan..mungkin kerana aku dibesarkan dalam environment berfikiran liberal atau terbuka..jika xminat kelak akan merana..tapi aku sering lupa kuasa tuhan, Dia mengetahui sesuatu yang kita tidak tahu, jadi untuk apa aku pening..untuk apa aku meragui sedang janji ALLAH itu pasti. ya, itu penyelesaian, mama ayah..

mama..secara lahiriah, apabila dilihat mama memang seorang yang cakap lepas, terkadang nampak ego dan agak melebihkan dunia, mengongkong, jumud bak kata orang sekarang, xberfikiran terbuka, suka berleter..pasti susah buat aku jika punya mama seperti mama tapi entah kenapa ALLAH memberikan mama kelebihan, naluri seorang ibu yang begitu kuat..mungkin kerana mama terlalu ikhlas dalam mendidik kami, xpernah mengharap apa2, sekadar mahu yang terbaik buat kami, kerana itu setiap kali kami membuat salah laku, mama pasti tahu, mama pasti dapat firasat sehingga sepertinya sukar untuk menipu mama..mungkin ada beberapa kali kesilapan kecil kami terlepas, bukan kerana mama xtahu tapi mama buat2 xtahu..malas nak bergaduh itu kata mama..mama melarang aku, kata mama, mama xsuka tengok anak mama terluka, mama tahu anak mama sakit, hati mama sakit tengok anak mama begini..tapi kenapa aku degil..aku tega lukakan hati mama sedang mama takut, paling takut anaknya sakit hanya kerana chenta..hah..aku yang bodoh mungkin..biarlah kalau khalayak mahu kata mamaku begini, mamaku begitu tapi ini mamaku, paling ikhlas menerima aku walau aku cuma ulat bulu yang banyak salah..sentiasa membantu menganyam benang2 membentuk kepompong agar aku bisa berubah..ya..aku perlu berubah..sekurang-kurangnya untuk mama..habis itu kenapa masih ada kegilaan itu? yang telah berlarutan selama 3 hari? kenapa? aku tahu salah aku..xmengapa esok yang terakhir..NOKTAH..

semua mencari..aku hilang..pelik kn? aku hilang rm100 dr bank simpanan nasional..au sedeyh sedang aku simpan duit itu bagi membeli hadiah buat seseorang yang penting bg aku..kini terpaksa aku simpan duit lagi..hadiah telah dibeli tapi masih berhutang..camane aku nak bayar? sedeyh..terpaksa korbankan wang saku yang sedikit..xmengapa..kalu untuk yang penting itu, xterasa beban..tapi aku hipokrit..kenapa aku tidak bersikap begitu pada mama, ayah, adik2ku? aku nekad, akan berubah..aku jahat..jahat pada orang yang sgt sayang aku..aku sgt pentingkan diri..tapi aku marah bila orang lain pentingkan diri..hipokrit kn? knapa aku letak yang penting itu lebih penting dari mama ayahku sedang aku xbegitu penting pada yang penting itu..sekali lagi aku kelihatan bodoh..haha..aku memang..patutnya bodoh jadi middle name aku..eyh xnaklah..nnt jadi doa..aku tarik balik la...aku janji, untuk mama ayah adik2 aku akan kumpul duit dengan usaha yang lebih lagi..aku kena betulkan hati aku..rombak kembali senarai priorities aku..ya! mesti...

aku tahu, penting untuk seorang anak lelaki mengutamakan kedua ibu bapanya kerana tanggungjawab xkn terlepas, itu yang diajarkan islam..aku sedar..tapi kenapa hati masih terkilan atas ucapan itu..masih berbekas lukanya..mungkin kerana hati aku tiada harganya..tidak perlu dijaga langsung..tapi aku bukan sesiapa..xhalal pun baginya..kenapa aku berharap? sekali lagi..aku bodoh..betul kata mama jangan berharap,aku yang akan terluka..tapi aku faham sikapnya, tujuannya, cuma mungkin aku yang bodoh ini xmhu menyesuaikan diri..xapalah..esok yang terakhir..aku perempuan..tapi kenapa begitu murah? aku bodoh..jawapan yang paling tepat! ini satu benang yang membentuk kepompongku agar aku ambil sebagai iktibar..aku hanya menjadi yang terpenting bagi kedua mama ayahku..aku perlu ingat itu...

inilah cerita aku..sebanarnya tidak menyentuh pasal chenta pown..saje jek letak sebagai tittle..supaya boleh tarik perhatian orang yang membaca..entah kenapa..cerita ini mungkin xpenting bagi kamu kerana aku ini bukan yang penting pada kamu..tapi cerita ini penting buat aku..ingatan pada kebodohan aku..supaya aku tidak lupa..

No comments:

Post a Comment