another belle-letres i found today..
meant for school magazine but somehow xjadi..
Kejutan,
Sesuatu perkara yang berlaku,
Tanpa kita sedari sebabnya,
Menghantui diri dengan teka-teki,
Tanpa jawapan.
Dahaga,
satu perkara yang abstrak,
Menggambarkan walau sesempurna manapun
Ssuatu itu,
X mungkin cukup,
Untuk melenyapkannya.
Kau menulis melalui pengalaman,
Aku menulis melalui pengamatan,
Walau 2 falsafah yang berbeza,
Bgku ia tetap sama.
Dahaga dan kejutan,
Seiringan ditemani sayap subjektif,
Menjadikan ia ssuatu yang amat
Sukar ditafsir,
Sesukar tafsiran cinta yang misteri.
Ku abadikan mutiara sinkof itu,
bersama-sama air mata paradoks,
di baluti dengan anehnya kejutan,
di ikat rapi dgn sempurnanya dahaga.
Bagi membuktikan wujudnya tarikan atas keduanya.
Namun entah mengapa,
Balutan rapi itu terungkai,
Kerana keduanya seakan degil,
Magnet dari kutub yang sama lagaknya,
Tidak serasi, tanpa tarikan.
Memansuh segala suratan yang bersilang.
Sejenak aku meneroka,
Lautan pemikiran seakan melemaskan,
Keserasian yang sepertinya
Tak pernah wujud walau seketika.
Merantau,
Menjauh,
Mencari,
Menemui,
Akhirnya…
Dahaga sempurna
Kata lainnya,
Ketamakan tanpa cacat cela,
Kau bermain dengan kosa kata,
Menghijab maksud sebenar,
Penipuan teragung.
Walau kejutan x sesuci yang disangka,
Sekurang-kurangnya aku x berhelah,
Hanya kejujuran meladeninya,
Tidak sukar untuk ditelah,
Spt karutan tentang dahaga.
Walau begitu, aku syukur,
Aku belajar sesuatu yang baru,
Belajar memaafkan dan melupakan,
Itu senjataku hari ini,
Pelindung agar tetap kuat,
Tidak selemah dahulu…
No comments:
Post a Comment